ADA beberapa lelaman yang mungkin menarik minat anak
anda:
Halaman ini sesuai untuk kanak-kanak dari empat hingga dua
tahun. Ia mengajak pengguna belajar matematik dan seni serta
kerja tangan.
Anak anda juga boleh bermain silang kata dan muat turun
permainan, chat dan macam-macam lagi.
Banyak permainan yang berunsur pelajaran. Lelaman ini
menarik perhatian dengan warna dan animasi daripada siri
Sesame Street.
Yang menarik tentang lelaman ini ialah kegiatan
menyeronokkan. Anda dan anak anda pasti seronok mencuba
aktiviti yang disarankan.
Terdapat kisah nabi-nabi, kisah ulama Islam, buku mewarna,
buku abjad Arab, permainan dan galeri anak-anak.
Khas untuk pelajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah
rendah. Terdapat kuiz dan kertas kerja. Mengenakan bayaran
untuk setahun atau enam bulan.
Bermacam-macam bermainan yang berunsur pelajaran boleh
didapati di lelaman ini.
Anak anda tidak akan merasa bosan dan yang lebih baik lagi
ialah ia percuma!
Anda harus menjadi ahli untuk mendapatkan kertas ujian dari
pelbagai sekolah terkemuka daripada lelaman ini. Sesuai untuk
pelajar yang rajin mencari kertas kerja untuk latihan.
Lelaman di mana data-data tentang Singapura dibentangkan
dengan cara mudah dan menarik. Terdapat lelaman peta
Singapura, sejarah, berbilang media, simbol negara dan banyak
lagi. Sangat bermanfaat untuk pengetahuan am dan projek
sekolah bertemakan negara.
Khidmat ini percuma untuk sebahagian kertas kerja. Untuk
mendapat lebih banyak kertas kerja untuk darjah 3 hingga
darjah 6, jawapan untuk semua kertas kerja atau kertas kerja
pra-sekolah, anda dikenakan bayaran dari AS$9.99 hingga ke
AS$16.99.